Friday, July 3, 2015

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! - Day 3

Assalamualaikum..

A moment or a day when being single was really awesome.

Takde drama memujuk pasangan yang merajuk, merajuk dengan pasangan, cemburu buta, insecure dengan pasangan bila dia pergi event mana mana, dan yang pasti takde drama "gerak khas" yang memerlukan kau jadi seorang polis untuk menyoal siasat pasangan kau bila dia keluar dengan kawan yang berlainan jantina. 

Bila single ni, benda yang paling awesome bagi aku adalah bila aku boleh buat apa yang aku nak and suka tanpa perlu menjaga perasaan dan hati someone. For example, bila kau penat sangat dan kau rasa nak tidur, kau boleh terus tidur tak payah nak bagitahu si dia "awak sorry malam ni saya penat sangat, kita whatsapp esok je lah eh" dan si dia akan start drama "alaa takkan nak tidur dah, awak tak kesian ke saya tunggu awak reply whatsapp dari tadi.. hmmm" haa mula lahh. Bila kau rasa penat, mesti kau malas nak layan benda benda kecik macam tu kan.. kalau aku confirm aku tak reply and terus tidur je, tak kuasa aku nak layan! haha. Contoh lain, time tengah busy, "awak dah makan?" "makan apa?" "awak sihat?" "saya tunggu awak reply ni.." "awakkk??" "awak busy ke?" "lama lagi ke nak siap?" "awakkkkkkkkk??" ni paling annoying ok! kejap kejap handphone bunyi tak pun vibrate. Kita kalau boleh nak siapkan kerja tu cepat tapi si dia sibuk time tu jugak dia nak tanya macam macam. Kang tak memasal je kena handphone kena campak sebab stress sangat. hahaha!

Lagi contoh lain, bila single ni kita nak bergambar dengan kawan kawan lelaki pun takde masalah, means takde orang jealous. Mana lah tahu tengah jalan jalan tu suddenly ada ex boyfriend tegur and dia pulak makin handsome sejak sejak berkawan dengan retis ni, nak disedapkan cerita, dia ajak kita bergambar.. ajak pulak jenis kaki selfie, haaa mestilah tak nak lepaskan peluang kan.. haha!

Last but not least, kita akan ada banyak masa untuk fikir masa depan kita and family. Kita boleh pikir apa hala tuju hidup kita, apa yang kita nak buat untuk menjamin masa depan kita and family, capai cita cita yang kita impikan dulu and apa yang sebenar-benarnya kita perlukan dalam hidup ni. 
pssstt.. single tak selalu sakit hati or kecewa or sedih or terluka or.... cukup lah tuu.. hihi



No comments: