Tuesday, July 21, 2015

Kad Raya Zaman Sekolah

Assalamualaikum..


Selamat Hari Raya gaisss! kejap je dah raya.. rasa macam baru je kena kerja masa 1st day puasa, tup tup dah raya.. btw, raya tahun ni aku sedih banyak pasal sedara mara tak mau bagi duit raya kat aku lagi dah,. kalau ada pun jenis yang pikir aku kecik lagi and masih belajar.. kahkah.. 

Ok tutup pasal duit raya. Aku nak cakap pasal kad raya pulak. Ya, semua sedia maklum zaman sekarang teknologi makin canggih and terlalu banyak laman sosial yang ada sampai budak darjah 1 pun dah pandai main facebook register pakai email kakak abang dia.. haaa kau hade? So, memasing edit je pakai segala macam jenis software or application tak pun copy je gambar sesiapa tak pun copy gambar pak cik google then post kat facebook tag semua kengkawan. Simple kan? Oleh itu, dah makin berkurang orang yang beli kad raya tulis ucapan panjang lebar siap ada garisan semata tak nak bagi tulisan senget ke atas ke bawah pastu letak pantun "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas" bagi kengkawan.. Dulu aku banyak dapat kad raya yang jenis gambar komik then ada dialog sikit.. Sekarang entah jenis kad raya macam mana lah kat pasaran tu pun aku tak sure. Yang paling gempak bagi aku dulu kad raya yang bila kau bukak je pastu ada muzik.. tapi aku tak suka beli sebab rugi je. haha! 


Ni salah satu koleksi kad raya yang aku simpan sampai sekarang. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti betapa legend kat raya aku ni. haha

Ingat lagi dulu aku beli kad raya tapi takde sampul then aku buat sendiri sampul surat pakai A4 paper sebelum pergi sekolah pukul 12.30 semata nak bagi kad raya kat membe hari tu jugak. gigih kau.. hahaha! 

Ayat yang biasa ada dalam kad raya selain maaf zahir batin, "puasa jangan tinggal tau", "jangan ponteng puasa", "kuih raya dah buat? ada berapa jenis?", "baju raya dah beli? berapa pasang? kaler apa?", "raya nanti jangan lupa datang rumah tau".. hahaha! berdekah wehh bila baca balik. Tapi benda yang paling famous kena ada dalam kad raya time aku kecik dulu adalah duit 1 sen and 5 sen. hahaha! 

5sen dah tercabut, tak tahu mana hilang dah. Acah acah rm10 pun jadi lah, untung ada dari takde. haha
Nak lari topik sikit, aku dah hebat anyam ketupat wehh. hahaha! Ok dah bye! hihi..


No comments: